Tuesday, July 23, 2013

Respect #01

bayangkan suasana di kedai makan milik melayu. tp biasalah, bangsa lain pun makan jugak. dah nama kata 1malaysia. ttibe, berlakulah perbualan mcm kat bawah ni.

 Raju, seorang vegeterian order makan kat kedai Mak Tipah, seorang melayu islam.
Raju: Mak Tipah, nasi goreng satu, tamo daging eh.
Mak Tipah: okeh siap!
nasik goreng pun siap, raju nk makan, sekalik nampak cam daging. duhhh. raju pun bawak pegi jumpe Mak Tipah
Raju: Mak Tipah, ini dalam nasi ada daging la. bukan saya order tadik takmo daging? *nada biasa je, takde pun marah2*
Mak Tipah: owh, bukan susah *selamba amik sudu, tolak daging2 yg ada dalam nasik tu ke tepi*
Mak Tipah: hah, dah siap. makanlah. *muke kering tak bersalah*
Raju: erm, camni la Mak Timah, kalo saya masak nasi goreng campur babi. mak tipah makan tak?
Mak Tipah: ko gila apa? babi haram la! *nada dah meninggi*
Raju: owh, tak bole ye, camtu saya tolak tepi la babi dalam nasi tu macam mak tipah buat ni. kire dah bole makan la tu kan?
Mak Tipah: kurang hajar punya budak! pergi! berambus dari kedai aku! *sambil memaki2 hamun si raju*

----------------------------------------------------------------------------

so, apa pandangan anda?
sapa salah dalam cerita ini? Mak Tipah atau Raju?


kalo ko kata Raju lah? sbb raju tau org islam tak bole makan babi nape nk bagi makan babi? mmg kurang hajar si raju nih!
aku kata, Mak Tipah pun tahu si raju tak bole makan daging ape. nape nk bagi die makan? apa mak tipah tak kurang hajar?

kalo ko kata Mak Tipah salah.
aku kata, ye betul. sbbnya dari awal raju dah bagi tau die tamo daging. bole la mak tipah tolak tepi daging pastu suh makan?

kalau nak orang hormat kita, kita kena la hormat orang.
pernah dengar? biasa kan. tapi ada praktikkan ke tidak?


bukankah melayu bangsa berbudi bahasa? bukankah islam sendrik mengajar utk hormat? 


kalau kita islam mahu bangsa lain hormat kita tak makan babi, apa salah kita hormat dia tak makan daging? kan?



tak kesah la orang tu bangsa apa sekalikpun, agama apa sekalikpun, hormat itu perlu. respect is a must. masalah common dgn org melayu ialah, cukup tak hormat bangsa lain, cukup tak respect agama lain. 

jgn cenggitu, bukan apa, islam bukan hak mutlak orang melayu. jadi jgn jadikan bangsa lain benci islam sbb melayu.

*gamba sume ihsan pakcik google

Peace & Out

Monday, July 1, 2013

Isu Anak #03

anak bukan satu pertandingan.
-- siapa dapat anak dulu dia menang.
-- siapa punya anak ramai dia menang.
-- siapa punya anak jalan/cakap dulu dia menang.
-- siapa punya anak dapat semua A dia menang.

bukan!

anak bukan pertandingan,
tapi amanah dari Allah.

tak kesahlah lambat dapat anak, baru sowang anak, anak angkat, perkembangan anak lambat dll, 
yg penting anak sihat dan membesar cemerlang dunia & akhirat.

itu saham kita dunia akhirat
tak perlu jadikan semuanya pertandingan.