Friday, April 13, 2012

Islam #01: Solat Duduk

Mari bercerita tentang Alya (bukan nama sebenar)

Dari mata kasar, mmg Alya nampak sihat seadanya. tapi tak ramai tahu, Alya kalau sudah duduk antara 2sujud, tak mampu nk angkat punggung bangun balik. duduk antara 2sujudnya pun tak seperti org lain. sedikit terkangkang. perlu ada orang membantu untuk bangun kalau sudah duduk. ya, Alya bermasalah disitu. tapi Alya masih mampu berdiri, dan berjalan. oleh kerana solat adalah wajib, maka Alya solat duduk.(bukan di atas kerusi)
 
islam kan mudah.
 
selesai solat. makcik di sebelah menegur. 
 

makcik: kenapa solat duduk?
Alya: kerana saya tak mampu dari duduk untuk berdiri.
makcik: tapi masih mampu berdiri?
Alya: ya.
Makcik: rukuk?
Alya: mampu. cuma dari duduk hendak bangun balik tidak mampu.
Makcik: kalau begitu,  rakaat pertama, berdiri dulu, duduk antara 2sujud, terus duduk, dan tak perlu bangun2.
Alya: tapi apa yang saya belajar, terus duduk saja.
Makcik: salah tu. berdiri dlu. takbir mmg perlu berdiri.
Alya: owh, baiklah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~




biar aku tegaskan, aku bukan ustazah, jauh sekali dari aliran agama.
aku mengaku aku sedikit cetek ilmu agama dan masih memerlukan tunjuk ajar. 
 
bila google, aku jumpa ini
 




 dan beginilah cara Alya bersolat.

kemudian, aku bukak buku Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Ust. Ismail Kamus. ada 2 cara sembahyang duduk. satu seperti diatas, dan kedua, di atas kerusi. yang diatas kerusi, memang perlu berdiri dahulu untuk takbir. kemudian, rukuk seperti biasa, tp sujud di atas kerusi. kemudian bangkit semula.

tapi, untuk yang terus duduk di atas lantai, tidak dijelaskan dgn lanjut. kemudian aku google pulak dan terjumpa ini. (source)
Menurut bekas Mufti Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz [Ahkaam Salaat al-Mariid wa Tahaaratihi]:-

ومن قدر على القيام وعجز عن الركوع أو السجود لم يسقط عنه القيام ، بل يصلي قائماً فيومئ بالركوع ( يعني وهو قائم ) ، ثم يجلس ويومئ بالسجود . . . ويجعل السجود أخفض من الركوع

"Barangsiapa yang mampu berdiri tetapi tidak mampu rukuk atau sujud TIDAK dikecualikan dari kewajipan berdiri (qiam), bahkan ia hendaklah solat berdiri, kemudian kedepan sedikit untuk rukuk (yakni dia masih qiam), kemudian duduk dan kedepan sedikit untuk sujud, ia harus kedalam sedikit bagi membezakan dengan rukuk"

Tambah beliau lagi :

ومتى قدر المريض في أثناء الصلاة على ما كان عاجزاً عنه من قيام أو قعود أو ركوع أو سجود انتقل إليه وبنى على ما مضى من صلاته

"Dan semasa solat, jika seorang yang sakit itu boleh melakukan sesuatu yg ia tidak boleh melakukan sebelum itu, seperti berdiri, duduk, rukuk atau sujud, dia harus mula melakukannya dan meneruskan dari apa yang dia boleh bagi menyempurnakan solat".

Jadi Alya perlu berdiri dlu, sebab die mampu berdiri. rukuk mcm biasa, sujud cam biasa, tp rakaat ke-2 tak perlu bangun dah kan?

itu mengikut pengamatan aku la.
kan?

takpa, nnti kita tanya ustaz.

hidup jangan jadi bangsat woih!

Peace & Out.

No comments:

Post a Comment