Sunday, April 15, 2012

Kerja Perlu Ikhlas

aku paling pantang kalau kata-kata itu ditujukan tepat dekat muka aku.
 
maksud aku, ya, aku tahu, kerja mmg la ikhlas.
 dah itu amanah kita.
 
kita di bayar gaji makanya itu amanah kita.
 
sbb aku kerja kerana itu amanah yg diberikan kepada aku.
sebab aku dibayar gaji untuk amanah tersebut.
 
aku kerja kerana gaji.
kerana dibayar gaji.
bila dibayar gaji, ia jadi amanah.
 
eh, salah tu, apa kerja sekalipun mmg kena ikhlas!

ye ye. aku paham. mcm kalo sediakan makan pakai untuk famili. itu mmg ikhlas. memasak untuk suami, ikhlas weh. menolong isteri kemas rumah. ikhlas weh! mmg tak mintak upah! pagi-pagi iron baju suami. ikhlas weh! malam2 urut badan isteri, ikhlas weh!

semua tu ikhlas, tak bergaji pun.

ok, sekarang ikhlas yg aku maksudkan, kau bekerja. tp kau kena buat kerja org lain dan org lain tu goyang kaki. bila kau bertanya kenapa dekat orang atasan kau atau tuan badan sendrik, jawapan mudah, kerja perlu ikhlas.

mcm bodoh.
kan.


kalau kawan2 yg buat camtu, aku akan kata, tak. aku kerja bukan kerana ikhlas, tp kerana itu amanah yg diberikan kepada aku. apa terjadi sekali pun, amanah kene buat, tak kira ikhlas atau tidak. dan aku bekerja kerana gaji.

ah, sekalik lagik aku di'ceramah'.
 
tapi kalau ayat itu dilontarkan oleh orang atasan. aku terpaksa senyum kambing. dan hati berdetik.
ah kau gaji berbelas2 ribu bole la kata kerja perlu ikhlas. berbaloi la ngn gaji kau. aku ni gaji ciput je.

senang macam ni la. kau terima je segalanya dengan pasrah, sbb kerja kene ikhlas. ttibe kuar memo kata, Harap maaf, bulan ini tiada gaji. tapi diminta semua pekerja menjalankan kerja seperti biasa kerana kerja PERLU ikhlas.

esoknya ko pegi keje ke tak?

hah. jawab.
 
 
Hidup jangan jadi Bangsat woih!

Peace & Out.




No comments:

Post a Comment