aku paling pantang kalo bukak paper baca berita pasal bayi kene buang, bayi dijumpai dalam longkang, dalam jamban, dalam tong sampah. bayi mati kene gigit semut. dan pulak tu kalo pagi2 bukak fb org dok share gambar bayi yg mati kene semua tu.
memulakan hari dgn membaca semua itu adalah sangat tidak enak!
ok, memulakan hari sebab normal la pepagi baca paper, takkan kau baca paper tgh malam pulak kan?
macam bangkai mak-mak yg buang anak derang dalam tong sampah tu, dalam longkang tu, dalam jamban tu. dah la anak kau cukup sifat, kau boleh buang dia macam dia tak wujud langsung dalam hidup kau. 9 bulan kau kandung dia, dia bernyawa dalam kau. dia lahir2 kau campak dalam longkang?
bangkai!
kau enak2 berasmara dana dengan chenta hati kau, melekat dan anak itu kau buang? sesungguhnya, bodoh piang tara mana hang ni?
ini zaman millenium, zaman rosmah set rambut ribu-ribu, zaman bdak2 skolah pakai iphone ribu-ribu, zaman bdak2 kecik main tablet/ipad ribu-ribu. kau tak mampu beli condom? duhhh!
sila paham, aku tak support zina. aku mention pasal condom sbb kalau kau rasa kau gersang sangat dah nk main, pakai la condom supaya takde la anak tak bersalah ko buang. (ok, baca balik aku rasa aku liberal sgt pulak dah). aku rearrange ayat aku. tak jangan! jauhi zina! tp igt, condom! play safe la bangkai! (ok, abes baik dah tu aku rasa)
owh satgi ada plak yg kata aku galakkan zina dgn suruh org pakai kondom. isk, isk, iskkk. tak. kalo ko berzina, itu antara kau dgn Allah, tp kalo kau dah buang anak kau yg tak berdosa tu, kau dah membunuh namanya. sbb tu aku kata, play safe la bangkai!
fine fine, beli ipad beribu mampu, beli iphone beribu mampu, beli condom tak sampai rm10 tak mampu, makanya berbenihla anak dalam perut kau tu dan dah lahir kau campak buang. iskk, mmg dasar manusia bangkai kau ni.
tak payah jadik pembunuh, ko hantar anak kau pergi baby hatch pastu ko pegi register diri kau masuk pusat pemulihan akhlak. simple kan?
dan biasala mulut2 meleis (sape maleis? refer sini) akan kata baby hatch ni adalah corrective action bukan prevention. ala come on, at least bagi aku, baby hatch akan mengurangkan kadar kematian bayi2 tak bersalah tu. dan org yg mengasaskan dia dapat pahala apa, daripada kau yg tahu menunding jari je tp tak wat pape? duh!
owh berchenta pandai baby hatch tatau?
[berita 1] [berita 2] [berita 3] [berita 4]
hidup jangan jadi bangkai woih!
Peace & Out.
No comments:
Post a Comment