Wednesday, April 18, 2012

Politik Ofis: Dimana Kita

susah kalo dapat orang atasan yg cuma byk cakap, tapi tak pernah buat kerja. cakap meletup-letup, kerjanya masih bagi orang bawah buat. dan mentaliti ini masih kuat dan kukuh dalam sektor awam.
 
main politik ofis.
 
ok, mungkin tak semua. tapi kebanyakan.
 
tapi, depan bos, pergh kemain lagik.
baik bosss. i buat!
 
belakang bos
 owh tidak, aku tak bole buat sebaliknya hanya arahkan orang buat. pangkat aku sekarang hanya untuk planning.
 
dulu masa 41, tak berkira dgn kerja. apa saja untukmu bos.
naik sahaja ke 44, owh tidak. tidak sama sekalik untuk buat kerja kerja itu.
i dah senior ok! kasik org bawah i yg buat.
 
tapi biasa la. depan bos, angguk2 geleng2. bos kate terjun bangunan, terjun jugak. belakang bos, panggil anak2 buah, dan terus humban kerja2 itu kat muka mereka.

itu baru 44. belum masuk 48, 52, 54. owh kalau sudah jusa, jgn kata lah kan. confirm la kakitangan kat bawah berlambak2. masa itu, mmg la kau bole duduk goyang kaki perah otak untuk planning saja.

tak, yang aku maksudkan di sini, apabila meningkatnya 41 ke 44. kesian orang bawah. biasanya kerani la. dah la gaji ciput. kerja mengalahkan pegawai.
owh, takpe, nnti clerk i buat.

tapi, mcm biasa la. lembu punya susu, sapi dapat nama. ade nk sanjung clerk2 yg buat kerja tu? takde. nk mentioned nama mereka dalam meeting pun rasa tak kuasa. tp sebaliknya
owh, i berjaya untuk menyiapkan report berikut seperti yg diarahkan dan i mendapati yang....

pdhal, yg bersengkang mata buat report tu, clerk2. kau cuma bagi dateline saja.

ok, aku sgt skeptical terhadap pegawai2 macam ni. menghadap computer dgn penuh intense -nya kekonon buat kerja. tp bila tanya clerk dia, kerja2 tu sume lepas tangan pada clerk. what? owh, tp bab recognition, laju ja.
 
belum masuk isu kipas bontot bos.
ah, lagik bosan.  
 
cadangan yang bagus bos! patut la bos ni bos! saya mmg setuju sgt dgn bos!
padahal, terang tang tang idea bos itu bodoh dan sukar direalisasikan. tp sebab die bos, dan kau mahu naik pangkat lagik, kipas. kipas lagik laju! laju. lagi laju!
 
 
( eh, ni kipas kecik je! ape kelas!)

(hah, ni baru betul kipas bontot sampai sejuk. silap2 beku!)





aku benci org macam ni. cakap meletup2. berdekah2. kerja, aku yg kena buat.
tp kalau nk dapat nama, dia yg dapat. bos besar buat2 buta. hanya sebab dia pandai kipas bontot sampai sejuk, aku tak pandai.

sungguh, aku tak reti kipas bontot orang. ada yang pernah kata dekat aku, kalau mahu hidup lama dan mudah naik cepat, pakai kipas besar sikit. tp sungguh aku tak reti kipas2. tak reti bermuka-muka. depan manis, belakang, masam macam makan asam keping.

kerja amanah kita. ok, ni dh masuk cam entry kat bawah. kerja kena ikhlas. ikhlas la sgt kalao kipas bontot bos. hailaaa...


tak, apa aku nk tekankan disini. jgn hanya sebab pangkat, hidup anda tak tenteram sbb disumpah seranah oleh org bawahan anda. hanya sebab anda ada pangkat, nk photostat sikit pun mintak clerk, walhal anda tahu dia tgh kejar dateline yg anda nk hantar kat bos anda tu.

dan, dengar jugaklah pendapat mereka. mampu tak mampu mereka menanggung beban kerja yg mana anda hangguk2 kepala bersetuju setiap kali bos suruh. ini tidak. buat macam pekerja bangladesh.

jadi bos kecik, bukan bermakna anda sudah terlalu besar. 

tapi tu la. rambut sama hitam, hati hitam jugak ke, tatau la.

 Hidup jangan jadi bangsat!
 
Peace & Out

No comments:

Post a Comment